Dr Joachim melawat kilang I Wood Processing

TAWAU: Timbalan Ketua Menteri mengadakan lawatan kerja ke kilang perusahaan perkayuan, Integrated Wood Processing Sdn Bhd (IWP) di sini, kelmarin.

Advertisements

Dalam lawatan tersebut, Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian (MID) telah diberikan taklimat oleh Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran syarikat, Kong Hon Ping.

Perkara-perkara yang turut dibincangkan antaranya mengenai isu buruh serta bahan mentah (raw material – natural timber and industrial timber plantation) dan produktiviti kilang yang beroperasi dengan hanya 50 peratus kapasiti berikutan dengan kekurangan tenaga kerja dan bahan mentah.

Dalam pada itu, IWP juga hanya mampu menggunakan 10 peratus kayu tanaman sebagai bahan mentah.

Mengulas lanjut, Dr. Joachim berkata, pihak Kementerian akan meneliti isu-isu yang berkaitan tenaga buruh manakala pihaknya juga meminta Jabatan Perhutanan Sabah memberikan sokongan kepada keperluan bahan mentah.

Dr. Joachim turut merasmikan program penanaman pokok yang dianjurkan oleh Persatuan Perusahaan Kayu-Kayan Sabah. (STIA).

Ini adalah sebagai menyokong usaha kerajaan dalam program penanaman pokok, dan juga bertujuan meningkatkan kesedaran kepada pemain industri kayu-kayan mengenai kepentingan menanam semula pokok.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian, Thomas Logijin; Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan; Presiden STIA, PJ Tan; Ketua Pegawai Eksekutif IWP, Simon Law; Ketua Pegawai Eksekutif Jawala yang juga ahli STIA, Rahman Khan serta pegawai-pegawai kementerian.

Setelah itu, Dr. Joachim juga telah menyempurnakan penanaman pokok di Shan Shui, Golf and Country Club dan menyaksikan penyerahan anak pokok kepada dua ahli STIA iaitu Fu Yee Corporation Sdn Bhd, Ikut Maju Sdn Bhd dan Ji Min Moral Uplifting Society.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles