Wetrom Bakal Terajui Sebuah Parti Tempatan ?

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Wetrom Bahanda dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memimpin sebuah parti tempatan berdaftar sebagai wadah politik baru bagi menghadapi pilihan raya umum (GE) akan datang.

Sumber yang boleh dipercayai berkata Wetrom yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu pada mulanya dikatakan cenderung untuk menyertai semula Barisan Nasional (BN), tetapi kini berubah fikiran.

Sumber tersebut berkata ini kerana ramai penyokong Wetrom di kawasam Parlimen Kota Marudu mahu beliau memimpin sebuah parti tempatan, sekali gus senada dengan sentimen rakyat Sabah yang menyokong parti-parti tempatan.

Beberapa parti politik tempatan yang mungkin terbuka untuk Wetrom memimpin mereka, termasuk Parti Damai Sabah.

“Walaupun ini hanya spekulasi buat masa ini, penyokong akar umbi sudah pun membicarakannya.  Ia akan menjadi teka-teki politik yang menarik,” kata sumber tersebut.

Sumber itu menambah bahawa jika Wetrom bertanding atas tiket parti tempatan, peluangnya untuk mengekalkan kerusi parlimen Kota Marudu amat cerah.

Namun, sumber tersebut berkata dia akan menghadapi cabaran sukar daripada calon yang ditampilkan oleh GRS.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Wetrom dari KDM memenangi kerusi parlimen Kota Marudu (P168) dengan majoriti 8,174 undi.

Di bawah undang-undang anti lompat parti Malaysia (Artikel 49A Perlembagaan Persekutuan), Ahli Parlimen (MP) yang meletak jawatan atau menukar parti politik mereka selepas dipilih mesti mengosongkan kerusi parlimen mereka, yang akan mencetuskan pilihan raya kecil.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles