Oleh Yussof J. Imbang
KOTA KINABALU: Provakasi ketenteraan yang kian memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan China di perairan Laut Cina Selatan boleh menggugat keselamatan rentas sempadan negeri ini.
Pengerusi Kelab Backbencers, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Masiung Banah, menegaskan aktiviti ketenteraan dua kuasa besar itu tidak boleh di pandang ringgan kerana ia berpotensi mengancam kedaulatan negara melibatkan Sabah dan Sarawak.
Beliau mengesa Wisma Putra segera mengadakan rundingan diplomatik melibatkan AS, China dan Filipina bagi memastikan perairan Laut Cina Selatan selamat untuk laluan perdagangan serantau.
Wakil Rakyat Kuamut itu bimbang kerajaan Filipina bersama AS telah membangunkan kemudahan dan aset ketenteraan berskala besar di Pulau Balabac, selatan Filipina yang hanya terletak 50 kilometer dari Pulau Banggi, Sabah dan cuma mengambil masa 20 minit menaiki bot.
” Memandangkan operasi ketenteraan berkenaan sangat hampir dengan Sabah, maka kerajaan Malaysia wajar mengambil perhatian serios dari sudut keselamatan rakyat terutama di pantai utara Sabah.
” Faktor utama bahawa kehadiran sejumlah besar tentera AS di Pulau Balabac berpotensi mencetuskan situasi di luar jangkaan. Kerana harus diingat, sehingga kini Filipina masih menuntut kedaulatanya terhadap wilayah Sabah, ” tegasnya.
Menurut Masiung, aktiviti ketenteraan AS dan China di sekitar Borneo semakin memuncak, di mana kedua-dua kuasa besar itu terus memperkukuhkan delegasi tentera dan aset pertahanan.
Mengulas lanjut isu itu, beliau bimbang situasi di pantai utara Sabah kini semakin konflik, dan tidak menolak kemungkinan insiden kecil akan bertukar kepada ketegangan.
Masiung berkata, walaupun Malaysia dan Filipina kini mengekalkan hubungan dua hala serta diplomatik yang baik, namun Malaysia perlu berwaspada terhadap sebarang kemungkinan di luar jangkaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyuarakan kebimbangan terhadap aktiviti ketenteraan AS di Pulau Balabac dan isu tuntutan Filipina terhadap Sabah.
Perkembangan terkini di perairan Laut Cina Selatan menarik perhatian negara-negara serantau, kemungkinan keadaan semakin tegang apabila AS dan China menghantar semakin banyak kapal perang, pesawat tampur dan sistem peluru berpandu serta aset ketenteraan canggih.
