Zahid dijadual rasmi Festival Kebudayaan Rungus di Matunggong esok, dihadiri Wetrom dan Verdom

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual merasmikan Festival Kebudayaan Rungus di Dewan Pertubuhan Momogun Rungus Malaysia di Matunggong esok.

Festival anjuran Pertubuhan Momogun Rungus Malaysia itu dijangka dihadiri presiden pertubuhan yang juga

anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda dan anggota Parlimen Kudat Dato’ Verdon Bahanda.

Mengikut aturcara Festival Kebudayaan Rungus itu, Timbalan Perdana dijangka tiba bagi menyempurnakan majlis perasmian pada pukul 2 petang.

Antara pengisian program sehari itu ialah pertandingan akhir Mongigol Sumundai, Mongodihohoi, Gusti Lengan dan Persembahan Tarian dan Musik kebudayaan.

Turut menjadi tarikan ialah acara Cabutan Hadiah Pengunjung Bertuah.

Khabar angin kebelakangan ini bertiup kencang yang konon mengaitkan Wetrom yang juga Timbalan Presiden PKDM dan Verdon (Bebas) dengan kemungkinan akan balik ke pangkuan Barisan Nasional (BN) masing-masing menerusi komponen parti –  Umno dan PBRS.

Bagaimanapun, para penyokong kedua-dua pemimpin adik beradik itu mengetepikan spekulasi tersebut buat masa ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles