JKKK nadi pentadbiran kampung – Mandela

Oleh JT

PENAMPANG: Watikah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah satu amanah yang besar dan fokus utama ketika ini adalah untuk membangun dan memajukan kampung.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ceasar Mandela Malakun berkata, JKKK merupakan nadi kepada pentadbiran kampung dan menjadi jambatan utama antara kerjaaan dan rakyat di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengeriusi JKKK di daerah ini agar menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan berdedikasi.

Beliau berkata, selaku pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi, pengerusi JKKK hendaklah bersedia mendengar suara rakyat dan bertindak dengan penuh integriti serta keikhlasan.

“Pada masa yang sama dapat menyampaikan keperluan rakyat kepada kerajaan khusunya berkaitan masalah-masalah seperti infrastruktur, kebajikan, sosial dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Watikah Pengerusi JKKK Parlimen Penampang melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog dan Kapayan di Dewan Kampung Pagansakan Inobong, di sini, hari ini.

Mandela, yang juga ADUN Dilantik turut mengucapkan tahniah kepada Penampang, khususnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog yang pada kali ini mengamalkan sistem demokrasi membuat pengundian jawatan pengerusi JKKK dengan menjemput penduduk kampung untuk memilih pengerusi JKKK di kampung masing-masing.

“Ini menunjukkan di Penampang ini kita mengamalkan sistem pemilihan secara sihat dan demokrasi,” katanya dan berharap mereka yang dilantik dapat menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat serta menyelesaikan isu-isu tempatan dengan berhemah dan bertanggungjawab.

Selamat berkhidmat dan semoga semua yang menerima watikah pada hari ini dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh integriti, dedikasi dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat di kawasan masing-masin,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles