CIS salur RM20,000 kepada Pendidikan Khas Putatan melalui program CSR

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 daripada Cement Industries Sabah (CIS) Sdn Bhd kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Putatan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), hari ini.

Beliau berharap sumbangan itu dapat membantu pihak sekolah melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun untuk manfaat murid-murid berkeperluan khas.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu dan menyokong penganjuran aktiviti-aktiviti sekolah sepanjang tahun.

“Saya menghargai sumbangan dan komitmen CIS melaksanakan Program CSR untuk pembangunan pendidikan anak-anak istimewa negara,” katanya ketika mengadakan lawatan ke SK Pendidikan Khas Putatan bagi menyampaikan sumbangan berkenaan, di sini, hari ini.

Program CSR itu mencerminkan komitmen CIS dalam menyokong pembangunan komuniti, khususnya dalam sektor pendidikan, selaras dengan usaha memperkasa kesejahteraan rakyat Sabah.

CIS Sdn Bhd, adalah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles