KUCHING Syarikat tersenarai teratas di pasaran utama di Bursa Malaysia, Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC), anak syarikatnya Gardenia, secara rasmi telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) strategik bersama Sanjung Etika Sdn Bhd anak syarikat milik penuh Yayasan Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Kerjasama ini bertujuan untuk menubuhkan anak Syarikat milik penuh Gardenia Bakeries (Sarawak) Sdn Bhd, sebagai pemegang saham bersama dengan menggabungkan kepakaran pembuatan terkemuka Gardenia dengan pembangunan modal insan serta komuniti oleh Yayasan Sarawak.
Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak komited untuk beralih ke fasa Perjanjian Usahasama (JV) dan Perjanjian Pemegang Saham dalam tempoh tiga bulan akan datang bagi memulakan fasa operasi dan penubuhan entiti tersebut secara rasmi.
Sebahagian dari perancangan ini, KTC telah mengumumkan pelaburan sebanyak RM30 juta dan telah memohon tanah seluas 7.56 ekar daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk membina kilang pembuatan roti Gardenia.
Projek ini dijangka bakal membuka 500 peluang pekerjaan baharu yang dikhususkan untuk graduan tempatan dan tenaga kerja mahir di Sarawak.
Mengulas mengenai pencapaian bersejarah ini, Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau, menyatakan rasa syukur dan bangga atas kepercayaan padu yang diberikan oleh kepimpinan dan rakyat Sarawak sejak 10 tahun lalu:
“Sepuluh tahun lalu, KTC mula melabur di Sarawak dengan sifar pekerja. Hari ini, atas kepercayaan terhadap potensi besar modal insan di negeri, kami berbangga kerana telah berjaya mengambil pekerja seramai 400 rakyat tempatan Sarawak iaitu 32.5% hasil daripada keseluruhan tenaga kerja KTC.
“Ini membuktikan kecekapan pentadbiran, sistem pendidikan, dan kebajikan Sarawak dalam melahirkan bakat-bakat bertaraf tinggi yang kompetitif bagi pasaran swasta.
“Sehingga kini, pelaburan KTC yang mencecah RM300 juta di Sarawak telah menghasilkan pulangan tahunan sebanyak RM400 juta dengan pengurusan aset operasi dan perdagangan bernilai RM140 juta.Impak ekonomi ini dijangka meningkat dengan ketara menerusi integrasi rantaian bekalan dan kilang pengeluaran fizikal Gardenia di dalam negeri,” tambah beliau.
Selain daripada pengukuhan ekonomi tempatan, kerjasama strategik ini bakal memperkenalkan rangkaian produk eksklusif dan pembungkusan khas yang dinamakan Gardenia “Sarawak Edition”.1/2Tel : 013 811 0111 Fax : 088 422 011Lot 73, Jalan Kilang, SEDCO Light Industrial Estate, Mile 5 ½ Jalan Tuaran, 88450 Kota Kinabalu, Sabah KIM TECK CHEONG CONSOLIDATED BERHAD. (1113927-H)
Produk bertema ini dicipta sebagai hadiah istimewa dan simbol penghargaan tertinggi terhadap keunikan identiti, warisan budaya rakyat Sarawak.
KTC juga menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif visi ekonomi jangka panjang Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, berhubung pengumuman penubuhan Pejabat Hubungan Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) di Pontianak, Indonesia.
KTC merancang memanfaatkan platform berkenaan bagi meneroka peluang pelaburan baharu rentas sempadan menggunakan Sarawak sebagai hab operasi.
Pelaksanaan pelaburan bernilai RM30 juta ini diharap dapat dipercepatkan melalui sokongan padu berterusan daripada Kerajaan Negeri Sarawak bagi membolehkan kedua-dua pihak meraih limpahan kemakmuran, kestabilan bekalan makanan, dan impak sosioekonomi yang optimum demi kesejahteraan bersama.Untuk maklumat lanjut sila layari website a https://kimteckcheong.com/-.
