Jayvid Matthew juara Sugandoi Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Pogunon Tahun 2026

Oleh JT

KOTA KINABALU: Jayvid  Matthew muncul sebagai pemenang Pertandingan Sugandoi sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Pogunon Tahun 2026.

Beliau mengalahkan lapan peserta lain dalam pertandingan sengit yang berlangsung di Dewan Terbuka Gereja St. Joseph, Pogunon Penampang pada malam Jumaat, 10 Julai 2026. 

Kemahiran vokalnya berjaya memikat hati juri selepas mempersembahkan lagu ‘Samod Dit Ondu’ dan ‘Waya Koposion’.

Sementara itu, naib juara dimenangi Branda Felice Marinus dan Kenny Austin Miseh ditempat ketiga.

Pertandingan itu diadili dua orang juri berpengalaman iaitu Gundohing Janrywain Luasin seorang artis tempatan dan tokoh wartawan dan Willy Dingon juga artis tempatan.

Peserta lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan dan menerima hadiah saguh hati sebagai penghargaan terdiri Daphane Adrian Jolinu, Dylan Stanis,  Nelly Abang, Syafika Syairul dan Aileen Allbun.

Hadiah-hadiah pemenang disampaikan oleh Gundohing Dennis Gompion mewakili Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceaser Mandela Malakun.

Sementara itu, Pengerusi Pertandingan Sugandoi Gundohing Adrian Modoit ketika ditemui berkata, pertandingan nyanyian Sugandoi merupakan platform utama masyarakat Kadazandusun Murut Rungus (KDMR) di Sabah untuk mencungkil dan mengasah bakat seni suara. 

“Pertandingan ini yang diadakan sempena Pesta Kaamatan, ia bukan sahaja medan hiburan tetapi batu loncatan penting untuk melahirkan ramai penyanyi dan penghibur pelapis ke peringkat industri yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada dua orang juri yang telah mengadili pertandingan itu daripada mula hingga akhir.

“Saya melihat peserta yang mengambil bahagian hebat-hebat belaka. Saya ucapkan tahniah kepada pemenang dan kepada peserta yang tidak berjaya kali ini, jangan putus asa. Teruskan berlatih dan sertai lagi pertanding ini pada tahun hadapan,” katanya.

Adrian juga mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur pertandingan sugandoi yang turut memastikan penganjuran ini dapat berjalan dengan lancar.

Turut hadir Pengerusi Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Pogunon Tahun 2026, Gundohing Stanislaus Dumalin, yang juga Pengerusi JKKK Kampung Pogunon dan Ketua Kampung Pogunon, Gundohing Jefry Lojitin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles