KBDS cadang tubuh Yayasan Bahasa Dusunik 

KOTA KINABALU: Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik Sabah (KBDS) merancang untuk menubuhkan Yayasan Bahasa Dusunik bagi membantu memperkasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Dusunik, khususnya di kalangan penutur asli dan anak-anak mereka melalui saluran pendidikan.

Presiden KBDS Datuk Lawrence Gimbang berkata yayasan itu juga diharap dapat mempermudahkan aktiviti penyelidikan, dokumentasi, penerbitan dan penyebaran pengetahuan serta pemahaman mengenai Bahasa Dusunik dan warisan budaya Dusun yang berkaitan.

Beliau berkata hasrat itu disampaikan ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Negeri pada Rabu.

“Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman telah memberikan respon yang positif dan menyokong usaha murni KBDS menubuhkan Yayasan Bahasa Dusunik di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lawrence yang mengetuai rombongan lapan AJK tertinggi KBDS  itu berkata kunjungan hormat itu, antara lain, bertujuan memaklumkan tentang kewujudan persatuan tersebut yang telah didaftarkan dengan ROS pada 28 Januari 2022.

Katanya KBDS juga bertekad untuk memelihara, mengembang dan melestarikan bahasa Dusunik mengikut dialek masing-masing.

Bagi mencapai tujuan itu, katanya, KBDS berhasrat untuk menghimpunkan semua pendidik dan pakar-pakar bahasa Dusunik melalui perbincangan ilmiah, bengkel bahasa, perundingan kepakaran dan menganjurkan pertandingan di semua daerah yang ramai penutur bahasa Dusunik di Sabah, termasuk daerah Ranau, Tambunan, Tuaran, Keningau dan Penampang.

Mengenai aktiviti KBDS sejak ditubuhkan lima tahun lepas, Lawrence berkata persatuan itu telah berjaya melaksanakan beberapa program.

Ini termasuk lawatan Kolaborasi Bahasa Ibunda di IPG kampus Kent Tahun 2022 dan

Bengkel Membina Buku Kosa Kata dan Buku Cerita Dusunik Tahun 2023.

“Kita juga merancang untuk melaksanakan 

Program Komuniti Boros Dusunik di Tambunan, tahun ini,” katanya.

Lawrence berkata persatuan itu juga komited untuk meneruskan Khidmat Juru Perunding Bahasa Dusunik di negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles