Oleh Sam
TAWAU: Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu Dato’ Victor P. Paut dan Pengerusi, Datuk Hazem Mubarak Musa melakukan lawatan kerja di Tawau, Semporna dan Kunak hari ini.
Antara destinasi yang dilawati sempena tinjauan operasi lapangan itu ialah anak syarikat Kumpulan Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera – Kunak Lipids Sdn Bhd.
Semasa mendengar taklimat di situ, Victor dan Hazem menzahirkan rasa puas hati atau ‘thumbs up’ atas perjalanan aktiviti syarikat Kunaks Lipids Sdn Bhd.
Di Semporna, rombongan itu berkesempatan meninjau projek Plaza Semporna sebelum mengakhiri tinjauan pada sebelah petang di Sawit Kinabalu Seeds Sdn Bhd.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Victor Ationg,
Rombongan tersebut juga disertai Ahli Lembaga Pengarah, Fred Stanley Sinidol, Datuk Zakaria Bin Mohd.Edris @ Tubau, Datuk Maming Staming, Yvonne Lim Soo Fung (SU KSK) Abdul Halim Bin Alimuddin dan Syed Khairul Bin Malai Rasheed.
