Kempen turun harga melibatkan seluruh rangakaian pasar raya Bataras di Sabah

Oleh: JT

PAPAR: Program Kempen Turun Harga @ Bataras yang dianjurkan oleh Bataras Sdn. Bhd. antara citra komitmen sebahagian pemain industri dalam membantu meringankan beban sara hidup rakyat. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata,  Bataras merupakan syarikat tempatan yang telah mula bertapak sejak tahun 1998 dengan pengoperasian sejumlah 58 rangkaian cawangan Pasar Raya Bataras seluruh Sabah termasuk di Papar. 

“Menerusi kempen ini, para pengguna berpeluang membeli sejumlah barangan keperluan pada harga lebih rendah sekali gus membantu meringankan perbelanjaan harian rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Kempen Turun Harga @ Bataras, di Bataras Hypermarket, Papar, hari ini.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim;  Pengerusi Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd (SUDC) yag juga ADUN Pantai Manis, Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir Petra.

Kempen ini berlangsung bermula 15 April h ingga 30 Jun 2026 melibatkan semua cawangan Pasar Raya Bataras di negeri ini.

Ini akan melibatkan penawaran diskaun barangan terpilih anta 3 hingga 70 peratus lebih murah berbanding harga asal bagi 9,000 item barangan. 

Armizan berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) amat mengalu-alukan pelaksanaan kempen ini sebagai antara ikhtiar bersama dalam membantu meringankan kos perbelanjaan barangan keperluan rakyat, lebih-lebih lagi dalam situasi krisis bekalan global susulan konflik Asia Barat yang masih berlarutan. 

“Usaha murni ini wajar diperluaskan dan dicontohi oleh lebih ramai pemain industri termasuk subsektor peruncitan lain sebagai manifestasi tanggungjawab bersama dalam memelihara kesejahteraan rakyat. 

“Pelaksanaan Kempen Turun Harga @ Bataras ini merupakan ikhtiar yang bertepatan dengan hasrat Kerajaan untuk menggerakkan agenda kebersamaan semua pihak melalui pendekatan seluruh negara (whole-of nation) dalam menangani isu kos sara hidup yang merupakan antara cabaran global,” katanya, yang juga Ahli Parlimen Papar.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles