Tuntuan 40% Hasil Sabah, Kerajaan Negeri Hormati Penangguhan

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi berhubung semakan hak 40 peratus hasil bersih Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata perintah penangguhan itu bersifat prosedural dan hanya mengekalkan status quo sementara rayuan didengar.

“Ia tidak mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi sedia ada,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, walaupun prosiding mahkamah sedang berjalan, rundingan dengan Kerajaan Persekutuan diharap dapat diteruskan dengan niat baik bagi mencapai persetujuan.

Menurutnya, semakan bagi tahun-tahun semasa tidak seharusnya terjejas memandangkan Kerajaan Persekutuan tidak mempertikaikan formula 40% dan keperluan semakan.

Hajiji berkata, kerajaan negeri sebelum ini membantah penangguhan itu, namun tetap menghormati keputusan mahkamah.

Katanya, kerajaan akan terus berbincang bagi mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan.

Pendengaran rayuan Kerajaan Persekutuan dijadualkan antara 27 hingga 30 Oktober 2026, manakala e-Review ditetapkan pada 13 April 2026

Sumber – SNT

Related Articles

253FansLike

Latest Articles