Oeh: John T
TAMBUNAN: Peserta kursus penternakan USA Bullfrog digesa agar mengambil peluang dengan menimba ilmu sebanyak mungkin.
Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Borneo Samudera Sdn Bhd, Dato’ Victor P. Paut ketika membuat gesaan itu berkata, tanpa ilmu peserta yang bakal menjadi usahawan akan ketinggalan dan sukar bersaing apatah lagi dalam era digitalisasi perniagaan berkembang dengan pantas.
“Saya yakin, dalam kalangan perserta yang mengikuti kursus hari ini, akan lahir usahawan-usahawan yang berjaya dalam bidang penternkan ini.
Mungkin hari ini kita belajar sebagai peserta, tetapi suatu hari nanti, kita akan menjadi contoh kepada orang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Penternakan USA Bullfrog Secara Komersial, di Dewan Pinsompuron Kampung Tondulu pada Isnin.
Victor menasihati peserta kursus berkenaan agar belajar berniaga daripada usahawan yang berjaya dalam perniagaan kerajaan ia adalah kunci kejayaan.
“Dalam hidup ini, jika kita ingin berjaya, kita mesti belajar daripada orag yang telah berjaya. Lihat bagaimana mereka bermula. Lihat bagaimana mereka berusaha.
Dan yang paling penting lihat bagaimana mereka tidak pernah berputus asa. Jadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi, bukan sebagai alasan,” katanya.
Selain itu katanya, usahawan juga mesti belajar untuk berdikari. Berani mencoba, berani mengambil risiko dan berani berubah.
“Inilah mentaliti yang perlu kita bina jika kita benar-benar mahu berjaya,” katanya.
Kurus sehari itu dihadiri seramai 50 peserta terdiri daripada ketua-ketua cawangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Tambunan.
Victor, yang juga Ketua Bahagian PGRS Tambunan melahirkan harapan tinggi agar semua ahli parti di bahagian itu berjaya dalam hidup khususnya dari segi ekonomi.
Kataya, peranan ketua-ketua cawangan amat tinggi bukan sekadar pemimpin organisasi tetapi juga contoh dan teladan kepada masyarakat Tambunan.
“Sebab itu saya ingin menegaskan bahawa kursus penternakan USA Bullfrog bukan sekadar satu program biasa. Ia adalah saru landasan untuk kita melengkapkan diri dengan ilmu ekonomi.
Kira perlu berubah daripada hanya bercakap soal politik kepada turut menguasai bidang ekonomi,” katanya.
