Rumah Terbuka Aidilfitri Pengamal Media Zakaria Damit Berlangsung Meriah

KOTA KINABALU: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan pengamal media, Zakaria Damit  di Kg Bangka-Bangka, Likas dekat sini, pada Isnin berlangsung meriah.

Selain kehadiran rakan media dan penduduk kampung, sambutan Aidilfitri itu turut dihadiri Pengerusi Kumpulan DESA Tan Sri Liew Yun Fah dan Adun Darau Azhar Matussin. 

Rumah terbuka Aidilfitri yang terus disambut  di seluruh negara itu menjadi wadah penting untuk merapatkan silaturahim selain menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Majlis seumpama ini berjaya menghimpunkan beratus-ratus penduduk kampung bagi menikmati jamuan dan beramah mesra.

Kehadiran tetamu berbilang kaum mencerminkan keharmonian dan semangat perpaduan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles