Tidak benar “cakap-cakap” di medsos majoriti penduduk Pulau Gaya orang PTI  – Jeffery Nor

KOTA KINABALU: “Cakap-cakap” di media sosial kononnya majoriti penduduk di Pulau Gaya adalah PTI  wajar dihentikan, kata Ketua UMNO Putatan Jeffery Nor Mohamed.

Beliau berkata gambaran itu tidak tepat kerana mengikut rekod, majoriti penduduk di pulau pinggiran bandaraya Kota Kinabalu itu memiliki dokumen kerakyatan yang sah.

*Kebelakangan ini ramai yang menyatakan pandangan negatif terhadap perkampungan Pulau Gaya…untuk makluman majoriti penduduk di perkampungan Pulau Gaya adalah tempatan dan mempunyai dokumen yang sah sebagai rakyat di negeri Sabah,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

Jeffery, bagaimanapun, mengakui terdapat penduduk di situ yang tidak berdokumen seperti di tempat-tempat lain tetapi mengikut data/statistik majoriti penduduk di Pulau Gaya mempunyai dokumen kerakyatan yang sah.

“Sebenarnya Sabah memang terkenal kerana mempunyai pelbagai suku bangsa…ada suku bangsa yang kehidupannya di laut dan ada suku bangsa yang tinggal di bukit, perbezaan suku bangsa ini juga menunjukkan perbezaan penempatan di Sabah.

“Tidak dinafikan ada juga penempatan di Pulau Gaya masih belum sah seperti beberapa perkampungan lain dalam Pulau Gaya yang sudah digazetkan sebagai perkampungan, sudah tentu ini memerlukan tindakan segera daripada pihak DBKK dan kerajaan negeri,” katanya.

Jeffery berkata: “soal sampah ianya agak subjektif kerana banyak juga penempatan-penempatan di darat sampah sarap menjadi tidak terkawal”.

“Jadi pendekatan-pendekatan tertentu perlu dilaksanakan segera mengikut kesesuaian penempatan,” kata beliau.

Menurutnya pada prinsip kenegaraan “kita bersetuju tindakan yang sepatutnya diambil kepada mereka yang tidak mempunyai sebarang dokumen peribadi dan ianya mesti dilaksanakan keseluruhan tempat di negeri Sabah”.

“Jenayah berlaku di sana sini, sudah tentu ada tempat-tempat yang menjadikan jenayah sebagai peluang kepada kelangsungan kehidupan tetapi menkategorikan sesuatu tempat itu sebagai punca utama mungkin ianya kurang bijak. Bagi saya bagaimana mencari caranya ‘liabiliti menjadi aset’ itu harus difikirkan.

“Jika berlaku lah pemindahan perlu dibuat maka situasi ‘menang-menang’ perlu dilaksanakan terlebih dahulu, mana yang mempunyai dokumen sah ianya menjadi keutamaan dan bagaimana pula cara menangani mereka yang tidak mempunyai dokumen sah perlu juga difikir dengan cara yang terbaik ” katanya.

Jeffery menegaskan bahawa rakyat Sabah

perlu menerima hakikat rakyat di Sabah dengan kepelbagaian etnik dan suku bangsa yang perlu diraikan dengan sebaiknya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles