KOTA KINABALU :Pengerusi Sabah Development Berhad (SD Berhad) Datuk Dr Yusof Yacob telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.
Hadir sama,rPengurus Kanan SD Berhad, Nixon Abdul Habi.
Kunjungan antara lain bagi memberi penerangan mengenai SD Berhad khususnya hala tuju dah pelan cadangan penstrukturan semula SD Berhad agar mampu menjana pendapatan seterusnya menyumbang kepada pembangunan serta pendapatan kerajaan negeri.
SD Berhad merupakan salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri Sabah.
