Matbali sentiasa ambil tahu masalah rakyat Parlimen Sipitang

BEAUFORT: Biarpun sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen Sipitang ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung di ibu negara, ia tidak menghalang Datuk Matbali Musah turun padang untuk meninjau dan melihat sendiri masalah rakyat, khususnya banjir.

Selepas melawat beberapa kampung di DUN Sindumin, Matbali bersama Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Perindustrian Makanan Sabah bergegas ke kawasan DUN Lumadan pula untuk meninjau situasi banjir di kawasan itu.

DUN Sindumin dan DUN Lumadan terletak dalam kawasan Parlimen Sipitang.

Difahamkan bebeberapa kawasan kampung di DUN Lumadan dinaiki air akibat limpahan Sungai Padas.

Turut bersama dalam program turun padang tersebut ialah wakil UPPM N34 Lumadan, JKR, JPS, PDRM, Bomba, APM dan Sukarelawan DMM.

Kehadiran wakil dari pelbagai agensi kerajaan itu, antara lain, bertujuan memastikan tindakan segera dapat diselaraskan.

Sementara itu, Matbali dalam catatan terbaharu di media sosial menyeru semua mangsa banjir supaya mengutamakan keselamatan diri dan keluarga.

Katanya mereka juga perlu mematuhi arahan pihak berkuasa serta segera berpindah ke pusat pemindahan jika diarahkan. 

“Semoga semua dipermudahkan urusan dan terus tabah menghadapi ujian ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles