Oleh Mazliwati Abdul Malik, Calon Parrti Warisan (WARISAN N58 Lamag
SANDAKAN: Rakyat Lamag tidak memerlukan janji baharu.
Rakyat Lamag memerlukan kejujuran.
Pilihan Raya Kecil ini bukan tentang siapa paling hampir dengan kuasa, tetapi tentang satu soalan yang tidak pernah dijawab dengan jujur:
Selepas puluhan tahun UMNO berkuasa, mengapa Lamag masih ketinggalan?
UMNO telah memerintah Sabah selama 24 tahun.
Jika kuasa membawa pembangunan, Lamag sepatutnya sudah berubah lama dahulu.
Namun realitinya:
masalah air bersih berlarutan
peluang ekonomi terhad
kampung terus terpinggir
generasi muda terpaksa keluar untuk mencari masa depan
Hakikatnya jelas — kuasa UMNO tidak menyelamat Lamag.
LAMAG DIANGGAP KERUSI SELAMAT, BUKAN KEUTAMAAN
Selama ini Lamag dilayan sebagai kerusi selamat.
Kerusi yang hanya diingati ketika pilihan raya, kemudian dilupakan selepas menang.
Apabila kawasan dianggap selamat, suara rakyat tidak lagi penting.
Tiada tekanan, tiada pembelaan, tiada rasa bertanggungjawab.
Selagi Lamag terus patuh tanpa soal, selagi itulah Lamag akan terus diabaikan.
“KAMI KERAJAAN” BUKAN LESEN MENINDAS RAKYAT
UMNO menakut-nakutkan rakyat dengan ayat lama:
> “Kalau undi selain kami, tiada pembangunan.”
ni bukan janji.
Ini adalah ugut politik.
UMNO sudah berada dalam kerajaan hari ini.
Jika benar mereka ikhlas, pembangunan sepatutnya sudah sampai — bukan hanya dijanjikan setiap kali pilihan raya.
Kerajaan yang hanya membantu apabila rakyat menyokongnya adalah kerajaan yang gagal secara moral.
PTI: RAKYAT MENANGGUNG, SIAPA BERTANGGUNGJAWAB?
Rakyat Kinabatangan dan Lamag hari ini terpaksa bersaing:
peluang pekerjaan semakin sempit
upah ditekan
kemudahan awam semakin sesak
Masalah ini bukan dicipta oleh rakyat.
Ia berpunca daripada dasar dan kegagalan masa lalu, termasuk zaman UMNO berkuasa — apabila isu pendatang tanpa izin dibiarkan dan disalahgunakan.
UMNO mencipta masalah. Rakyat tempatan menanggung akibatnya hingga hari ini.
WAKIL RAKYAT PERLU BERANI, BUKAN PATUH
Apabila rakyat menghadapi masalah tanah, ekonomi dan masa depan anak-anak, suara wakil UMNO sering senyap.
Namun apabila kepentingan parti dipertahankan, mereka bersuara lantang.
Jika takut menegur parti sendiri, jangan minta jadi wakil rakyat.
Lamag memerlukan wakil yang berani membela rakyat — bukan sekadar menjaga kedudukan politik.
UNDI ADALAH KEPUTUSAN MORAL
Setiap undi membawa makna.
Mengundi UMNO bermaksud:
melupakan 24 tahun kegagalan
memaafkan pengabaian berterusan
membenarkan sejarah berulang
Jika kita mengundi perkara yang sama, kita akan menerima hasil yang sama.
INI UNDI AMARAN, BUKAN TUKAR KERAJAAN
Mengundi Warisan tidak menjatuhkan kerajaan.
Tetapi mengundi Warisan menghantar mesej jelas:
Lamag tidak boleh terus dipandang rendah.
Lamag tidak boleh terus dijadikan simpanan politik.
Kerajaan tidak takut rakyat yang patuh.
Kerajaan takut rakyat yang berani.
Cukuplah Lamag menjadi mangsa politik lama.
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
