KINABATANGAN – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dijangka berlangsung sengit apabila menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Parti Warisan (Warisan) dan calon Bebas.
BN menamakan Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar sebagai calon, manakala Warisan mempertaruhkan bekas ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman. Seorang calon Bebas, Goldam Hamid turut mengesahkan penyertaan.
Sementara itu, PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag hanya menyaksikan pertandingan dua penjuru apabila calon BN, Mohd Ismail Ayob, berdepan calon Warisan, Mazliwati Abdul Malek.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 24 Januari sebagai hari pengundian, manakala pengundian awal pada 20 Januari.
PRK ini diadakan berikutan kematian penyandang kedua-dua kerusi, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu akibat komplikasi kesihatan.
