KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) dijangka mengumumkan calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi DUN Lamaq dan Parlimen Kinabatangan yang ditetapkan pada 24 Januari 2026.
Menurut sumber dalaman parti, Timbalan Presiden Warisan Datuk Darrel Leiking dijadual menyempurnakan majlis pengumuman calon bagi kedua-dua kerusi tersebut di Dewan Sri Lamaq Kinabatangan pada Isnin jam 10 pagi.
PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.
Sebelum ini, calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail Ayob, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK DUN Lamaq manakala Naim Kurniawan Moktar dinamakan sebagai calon Parlimen Kinabatangan.
