Menteri dari parti ‘Malaya’  lah yang berulang kali mempertahankan Sabah dalam kes Sulu – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Rayuan Paris yang membatalkan sepenuhnya ‘Final Award’ dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Malaysia disifatkan sebagai kemenangan besar dalam mempertahankan kedaulatan negara, khususnya negeri Sabah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii, berkata keputusan itu membuktikan bahawa usaha berterusan kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa akhirnya membuahkan hasil selepas bertahun-tahun berdepan siri tuntutan yang dibawa ke pelbagai mahkamah luar negara.

Menurutnya, kejayaan ini hanya dapat dicapai hasil kerja bersungguh-sungguh pasukan undang-undang Malaysia yang mempertahankan negara tanpa senjata, tetapi berjuang dengan fakta dan dokumen sah di mahkamah seluruh dunia.

“Alhamdulillah kemenangan berpihak lagi kepada kerajaan Malaysia. Jika kita tidak bersungguh melawan tuntutan Sulu, mungkin kita kehilangan Sabah. 

“Menteri dari parti ‘Malaya’ atau Barisan Nasional inilah yang berulang kali mempertahankan tanah air kita. 

“Tidak bersenjata tetapi melawan dengan fakta di pelbagai mahkamah seluruh dunia.

“Mereka kalah di satu negara, kemudian buka kes di negara lain, lepas kalah, dia buka kes kat negara lain lagi. Begitulah serterusnya dan begitulah komitednya mereka terhadap Sabah.dan terus mencuba,” katanya yang mengulas berkaitan isu terbabit menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Sebelum ini, kumpulan yang mendakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu membuka beberapa prosiding timbang tara di luar negara selepas kalah dalam kes di Malaysia.

Namun Malaysia secara konsisten berhujah bahawa tindakan tersebut tidak berasas, bercanggah dengan undang-undang antarabangsa serta melanggar kedaulatan negara.

Sumber – UMNO Online

Related Articles

253FansLike

Latest Articles