KDM catat prestasi agak baik di kawasan tertentu dalam PRN—petunjuk menyakinkan populariti semakin meningkat

KOTA KINABALU: Walaupun dilihat sebagai underdog dan berdepan pelbagai cabaran, terutama berkaitan dana, namun Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masih berjaya mencapai keputusan yang mengagumkan, memenangi kerusi DUN Paginatan dan hampir meraih kemenangan kerusi DUN Matunggong dan Melalap.

Calon-calon parti itu juga menerima jumlah undi yang memberangsangkan, meskipun  tewas di kerusi Elopura, Tanjung Papat, dan Nabawan.

Walaupun prestasi mereka dalam pilihan raya baru-baru ini mungkin kelihatan sederhana, penganalisis politik Mohd Ustar Abdul Ghani percaya bahawa KDM telah mengekalkan kerelevanannya dalam landskap politik Sabah.

Berdepan dengan kekangan kewangan dan ketiadaan pemimpin pengasasnya, Peter Anthony, yang kini menjalani hukuman penjara, KDM telah meninggalkan kesan di beberapa bahagian kawasan teras Momogun.

“Kemenangan di Paginatan menandakan penerimaan pengundi terhadap parti lokal itu,” katanya.

Ustar menyebut bahawa pilihan raya baru-baru ini menunjukkan perubahan lanskap politik, sekaligus memberi bayangan bahawa KDM boleh muncul sebagai kuasa yang hebat bersama UPKO, PBS, dan STAR.

“Dengan strategi yang berkesan dan calon yang kuat, KDM berpotensi menawarkan pilihan politik baharu kepada kaum Momogun dan pengundi lain, terutamanya dalam pilihan raya umum yang akan datang pada tahun 2027,” kata beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles