Oleh Yussof Imbang
KINABATANGAN: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DU) Kuamut, Datuk Masiung Banah yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekali lagi mempertahan kerusi kawasan itu yang diwakilinya sejak 2008.
Naib Presiden Gabungan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berdepan saingan lapan penjuru selepas 7 lagi calon mengesahkan pencalonan di pusat penamaan calon di Dewan Sri Lamag di sini, pagi ini.
Beliau ditentang oleh Norfaiza Chua daripada Warisan, Mohina Sidom @ Mohina Ronnie Sidom dari Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO); penyanyi dan pelakon veteran Sabah, Abu Bakar Ellah turut mewakili (Parti Kesejatheraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Jecronnue Mandek dari Parti Solidiriti Tanah Air (STAR), John Sungkiang; Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS),Ted Calvin Sudin Parti Impian Sabah (PIS) dan calon Bebas, Duin Tarang.
Pemimpin berusia 53 tahun itu antara yang terawal mengemukakan pencalonan tepat jam 9.13 minit.
Terdahulu Masiung, tiba di pusat penamaan calon sambil disambut dengan laungan slogan “Tatap Kalaga” lebih 1,000 penyokong yang memakai baju dan logo GRS seterusnya berarak ke pusat penamaan calon.
Pada pilihanraya PRN ke-16 Masiung bertanding atas tiket bebas dan menang dengan majoriti 978 undi sebelum menyertai Gagasan Rakyat.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya (SPR) Mohd Yuesri Yusof mengumumkan senarai calon dan semua calon kayak bertanding serta melepasi saringan.
