KIULU: Naib presiden KDM Gundohing Henry Saimpon meluangkan masa menziarahi keluarga mendiang Sundoring binti Gompok di Kampung Pahu, hari ini.
Kehadiran beliau adalah sebagai tanda keprihatinan terhadap keluarga mendiang yang baru sahaja kehilangan insan tersayang.
Dalam kunjungan itu, Henry yang juga Ketua Penyelaras KDM Kiulu turut menyampaikan sumbangan takziah.
Mendiang Sundoring ialah ibu kepada Ketua PDM Pahu John Saiking.
Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah dua Naib Ketua KDM Kiulu Gundohing Joluin Jairuh, Jasini Yukin dan Ketua PDM Pukak John Vest.