KIULU: Pekan Kiulu dimeriahkan dengan penganjuran julung kali Kiulu Nature Fun Run 2025, acara larian sejauh 8KM anjuran bersama Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Zon Kiulu dan Munduk Running Club (MRC) Tamparuli.
Sebanyak 392 peserta mengambil bahagian dalam empat kategori: Lelaki Terbuka, Lelaki Veteran, Wanita Terbuka dan Wanita Veteran.
Berikut merupakan juara, naib juara dan ketiga setiap kategori:
Lelaki Veteran – Guianus Salagan, Rasil Ginsod, Mohd. Zulkarnain
Lelaki Terbuka – Sheron Sariman, Oswald Maikol, Vitus Daimi
Wanita Veteran – Mailin Salungin, Epang Sarawi, Kona Liau
Wanita Terbuka – Qeen Ellezabeth Julian, Sinapilin Sarawi, Asminah Elis
Selain larian, acara turut diserikan dengan senamrobik, pertandingan kostum terbaik dan cabutan bertuah yang menambah keceriaan.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan Sabah, bersama pimpinan PGBM Zon Kiulu dan MRC.
Penyelaras larian bersama, Tuan Guru Besar Goromon Rongot dan Mantan Guru Besar Loimin Gonsu yang juga orang kuat MRC, menyatakan bahawa sambutan luar biasa ini memberi ilham agar Kiulu Nature Fun Run dijadikan acara tahunan.
Larian ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat, malah memperkenalkan keindahan alam semula jadi Kiulu kepada lebih ramai pengunjung.