Oleh Yussof J. Imbang
TONGOD; Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah mengesa ahli parti itu supaya tidak menimbulkan sengketa dengan ahli pembangkang sebaliknya mendekati mereka secara harmoni.
” Kita faham perasaan penyokong Gagasan Rakyat di peringkat daerah tersentuh dengan pelbagai tomahan melampau ‘sibertropper’ yang ditaja pembangkang.
” Namun janganlah sampai kita melayani budaya buruk mereka hingga menimbulkan permusuhan, ” tegasnya merasmikan Mesyuarat Tri-Tahunan Gagasan Rakyat Kampung Saub sebuah perkampungan suku Lundeyah dekat Nabawan, semalam.
Katanya, bermusuh dengan pihak pembangkang tidak akan menguntungkan parti, sebaliknya ia perlu ditangkis secara halus dengan memperkuatkan parti di peringkat akar umbi.
Masiung mengingatkan ahli Gagasan Rakyat supaya tidak terikut-ikut budaya kotor ‘sibertropper’ pembangkang untuk tujuan mencaci dan menghina Kerajaan Negeri.
Wakli Rakyat Kuamut itu berkata, sebagai penyokong Gagasan Rakyat yang menjadi payung kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) setiap pemimpin wajar menghormati musuh politik dengan memberi penjelasan harmoni berdasarkan bukti yang tepat.
Menurut pemimpin yang popular dengan slogan ‘Tatap Kalaga’ itu, menjelang Pilihanraya Umum Negeri (PRN) ke-17 ini puak pembangkang telah mencipta pelbagai tomahan yang melampau batas perpaduan.
Katanya, pemimpin pembangkang turut marekacipta cerita buruk melalui media sosial mengenai Kerajaan Negeri selain turut mencaci Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Masiung berkata, kita di pihak kerajaan menyedari pemimpin pembangkang berasa dengki dengan peristasi Hajiji yang tidak pernah mereka lakukan semasa mereka berkuasa dahulu.
