KKSM Sook juara ranking utama memancing 5,500 kg ke bawah – Mega Game Kolam Tasek Naga seterusnya 29 Jun

SiPITANG: Pasukan KKSM Sook meraih gelaran juara ranking utama 5,500 kg ke bawah sempena pertandingan memancing Mega Game Kolam Tasek Naga anjuran Pengurusan Kolam Si Aunty,
di sini baru-baru ini.

Menurut kenyataan Pengurusan Kolam Si Aunty, kumpulan Livra Bayu Permai – Fishing Hunter pula menjuarai kategori ranking terberat.

Rakan sepasukan kumpulan Livra Bayu – Nimo memperoldhi tempat pertama bagi kategori ranking 3,500 kg ke bawah manakala kumpulan 3S menang ranking 2,500kg ke bawah.

Kesemua pemenang membawa sampul manis-manis pada pertandingan kali ini.

Diharap pemancing yang belum berpeluang mendapatkan sampul pada game ini akan mendapat peluang di anjuran lain.

Sementara itu, Pengusaha Kolam Si Aunty, Dionysia Ginsos menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua warga pemancing.

Beliau berkata pihaknya bertekad untuk memperbaiki segala kekurangan, jika ada, pada masa depan.

Dionysia berharap warga pemancing terus menberikan solongan terutama menjayakan Game Santai pada 17 Mei ini, dan Mega Game yang dijangka diadakan pada 29 Jun ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles