SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir melalui Pusat Khidmat Rakyat P.184 Libaran menyalurkan bantuan kepada 33 ketua keluarga yang ditimpa musibah kebakaran di Kampung Batu putih Batu 7 Sandakan, pada Rabu.
Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Libaran Zaini Tiksun berkata bantuan keperluan asas kepada mangsa kebakaran disampaikan selepas proses pendaftaran mangsa kebakaran.
“ Saya bersama Setiausaha UMNO Bahagian Libaran Asli Amat, Ketua Wanita UMNO Bahagian Libaran Asdariah Asaad, Pengerusi Kebajikan UMNO Libaran Tahir Antok, Pegawai Penyelaras Parlimen Libaran Surian Sah Hanafiah, pegawai-pegawai Pusat Khidmat P.184 Libaran dan AJK Bahagian telah turun ke lokasi kejadian dan mendapatkan maklumat sebelum menghantar bantuan Ahli Parlimen Libaran ini.
“Usaha ini adalah untuk meringankan beban mangsa kebakaran dan bantuan itu telah disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Libaran merangkap ADUN Sungai Manila Datuk Mokran Ingkat mewakili Suhaimi yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran di Pusat Pemindahan Sementara Dewan PPR Batu Putih Sandakan, semalam,” katanya.
Dalam masa yang sama, Suhaimi mendoakan agar semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran diberi kekuatan dan tabah serta sabar menghadapi ujian Allah ini.
“Setiap musibah yang berlaku itu ada hikmah disebalik kejadian itu… Insyallah,” katanya dalam kenyataan di media sosial, semalam.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Pusat Khidmat Rakyat P184 Libaran dan UMNO Libaran yang mewakilinya bagi menyampaikan bantuan keperluan asas kepada ketua keluarga mangsa kebakaran.
Tidak dilupakan juga, Suhaimi turut ucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM, Angkatan Pertahanan Awam (APM) , Jabatan Kebajikan, Rela, Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Sandakan dan MPS yang bertungkus lumus membantu.
Difahamkan kejadian kebakaran yang berlaku lebih kurang jam 10.30 pagi pada 23 April lepas telah memusnahkan kediaman keluarga berkenaan menyebabkan mereka kehilangan rumah dan keperluan asas.