Pemimpin beri sokongan orang kampung di pedalaman dapatkan dokumen pengenalan diri tidak wajar dilabel sebagai “penternak PTI”

TAWAU: Seorang aktivis sosial berpendapat menolak mentah-mentah sesuatu permohonan masyarakat dari kawasan terpencil atau pedalaman untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri yang sah boleh menjadi satu penganiayaan kepada mereka jika sekiranya mereka betul-betul penduduk tempatan.

Menurut Salman Nurillah, “adalah perkara biasa seseorang pemimpin memberi sokongan kepada suatu permohonan untuk tujuan tersebut dan terpulang kepada agensi kerajaan yang berkaitan untuk meluluskan berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa pada satu-satu masa”.

Sehubungan itu, beliau berpendapat adalah tidak wajar mempolitikkan atau memperbesar-besarkan isu niat suci hati bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menolong orang kampung menerusi surat sokongan untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri.

“Persoalannya wajarkah pemimpin tolak permintaan orang kampung yang merayu-rayu minta tolong dapatkan dokumen pengenalan diri? katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

Salman yang merupakan lulusan undang-undang dari Universiti Malaya menekankan bahawa mengikut peraturan sedia ada, pihak yang mempunyai kuasa untuk meluluskan permohonan untuk mendapat dokumen pengenalan diri ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bukan Ketua Menteri Sabah.

“Saya melilhat surat sokongan bekas Ketua Menteri Sabah itu (Shafie) adalah kes terpencil bukan diberikan kepada ribuan orang tetapi segaja dijadikan isu terutama menjelang PRN.

“Dalam PRN yang lalu, isu yang sama juga dimainkan iaitu memberi gambaran parti Warisan sebagai penternak PTI dengan tujuan menakut-menakutkan pengundi kaum Kadazan Dusun Murut atau pengundi Tionghua.

“Saya lihat taktik yang sama juga sedang digunakan dengan menonjolkan surat sokongan Shafie menolong satu atau dua orang penduduk kampung dapatkan dokumen pengenalan diri,” katanya.

Salman berkata jika diteliti daripada segi lojik, memberikan ‘dokumen digital’ kepada pendatang asing/PTI untuk bekerja atau terus berada di negeri ini juga terjumlah kepada suatu “pertolongan” kepada pendatang asing/PTI, mempermudahkan mereka kekal tinggal lama di negeri ini.

Katanya tidak ramai yang tahu peruntukan undang-undang negara ini membolehkan mereka selepas 10 tahun berada di Sabah secara berterusan, layak memohon menjadi warga negara Malaysia namun ia juga tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Salman berkata terdapat beberapa keadaan yang menyumbang kepada berlakunya permohonan lewat untuk memperolehi dokumen pengenalan diri.

Sebelum ini, katanya jika wanita berkahwin dengan warga asing maka anak-anak mereka juga akan turut mengikut kewarganegaraan bapa mereka.

Sebaliknya lelaki yang menikah dengan wanita asing anak-anak mereka adalah warganegara.

“Atas alasan diskriminasi gender, maka peraturan sekarang ini membolehkan wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki asing layak untuk anak-anak mereka menjadi warganegara,” katanya.

Salman berkata keadaan dan peraturan sebelum ini yang tidak membenarkan anak wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing juga menjadi faktor mengapa ramai kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen

Faktor lain juga disebabkan oleh perceraian yang mana ada keadaan anak-anak dipelihara oleh Atuk, nenek, pacik macik atau saudara mara yang tidak dapat mampu mendapatkan dokumen tersebut disebabkan ibubapa mereka tidak dapat dikesan, katanya.

Menurut Salman, pemimpin sepatutnya faham bahawa kuasa untuk mengeluarkan dokumen pengenalan adalah tertakluk kepada pihak JPN yg mempunyai SOP sendiri tidak boleh dipengaruhi oleh pihak ketiga atau orang-orang politik.

Beliau berkata terdapat juga di kalangan mereka yang mempunya Surat Lahir dan berstatus Warganegara pada Surat Lahir mereka tetapi tidak dapat memperolehi Kad Pengenalan bahkan ada yang sudah berumur 40an dan beranak pinak

Selain itu, Salman berkata terdapat juga kes di mana adik beradik semua berstatus warganegara tetapi “ada 1 atau 2 orang di kalangan adik beradik itu tidak mempunyai Kad Pengenalan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles