Oleh: Anak Muda Tambunan
TAMBUNAN: Dalam arena politik yang sentiasa berubah, satu perkara tetap kekal – keperluan untuk pemimpin yang segar, bersih dan benar-benar berjiwa rakyat.
Sejarah politik di Tambunan menunjukkan bahawa rakyat mahukan suara yang tegas, berani dan relevan dengan zaman.
Justeru, sudah tiba masanya untuk Dato Victor P. Paut diberi peluang memimpin kawasan Tambunan, meneruskan semangat reformasi yang pernah dibawa oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan (DDJK).
Semasa Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN 15), DDJK dengan lantang membawa isu-isu penting yang menjadi kebimbangan rakyat ketika itu. Beliau memfokuskan kepada tiga isu utama yang menggegarkan kubu kuat PBS di Tambunan:-
- Tan Sri Pairin Kitingan tidak lagi sesuai memegang jawatan ADUN dan MP atas faktor usia dan kesihatan. Rakyat diseru untuk memilih pemimpin yang masih bertenaga, cergas, dan mampu turun padang setiap masa.
- Masalah kepimpinan dalam PBS, termasuk budaya kronisme dan masalah moral yang membarah dalam parti tersebut, menyebabkan hilangnya kepercayaan rakyat terhadap barisan kepimpinan sedia ada.
- Kegagalan Tan Sri Pairin melakukan perubahan dalaman – beliau gagal membersihkan parti dari dalam.
Maka, DDJK menyeru rakyat untuk menunjukkan protes dengan menolak PBS sepenuhnya di peti undi.
Hasilnya, rakyat memberikan mandat kepada DDJK, dan perubahan pun bermula.
Namun begitu, pada PRN ke-16, tumpuan berubah kepada isu nasional, iaitu skandal mega 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN). Rakyat semakin sedar bahawa mereka tidak boleh terus menyokong kepimpinan yang terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.
Dalam senario itu, DDJK tampil sebagai satu-satunya calon yang diyakini – tidak ada pilihan lain yang mampu menyaingi rekod beliau pada waktu itu.
Hari ini, kita berada di fasa baharu. Pemimpin lama telah berjasa, namun masa telah berubah. Generasi muda inginkan wakil rakyat yang lebih aktif, bertenaga dan dekat dengan masyarakat.
Maka, kehadiran Dato Victor sebagai calon muda yang progresif, profesional dan berwibawa harus dilihat sebagai kesinambungan kepada reformasi yang pernah dimulakan oleh DDJK.
Dengan pengalaman dalam kepimpinan, hubungan akar umbi yang kukuh, dan imej bersih dari sebarang isu integriti, Dato Victor merupakan calon ideal untuk membawa Tambunan ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau tidak hanya menawarkan semangat baharu, tetapi juga membawa idea-idea segar yang sesuai dengan keperluan generasi masa kini.
Tambunan perlu bergerak ke hadapan – dan untuk itu, pemimpin muda seperti Dato Victor wajar diberikan peluang.