SANDAKAN: Batu besar atas bukit di Jalan Buli Sim Sim, bersebelahan Tokong Pau Kung, runtuh kira-kira jam 10.00 pagi (Khamis).
Bongkah batu yang besar itu menghalang sepenuhnya laluan jalan raya tersebut.
Pihak polis trafik yang berada di lokasi telah mengawal aliran lalu Lintas, sekaligus memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Datuk Frankie Poon, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat turut hadir ke lokasi bagi meninjau insiden itu.
Beliau kemudian segera menghubungi pihak Jabatan Kerja Raya dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan segera dalam usaha memecahkan dan mengalihkan batu tersebut demi memulihkan semula laluan jalan.
Frankie menyeru semua pengguna jalan agar berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa sementara kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan.
Katanya keselamatan awam adalah keutamaan dan usaha segera sedang diambil untuk membetulkan keadaan.