Jangan Ambil Mudah Sokongan Rakyat – Salleh

KOTA KINABALU: Para pemimpin parti politik, khususnya di Sabah digesa supaya tidak mengambil mudah sokongan rakyat kerana sokongan mereka ‘bukan kekal’.

Ketika membuat gesaan itu, bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ramai parti politik tumbang kerana terlalu selesa.

“Hari ini mereka bersama kita, esok belum tentu. Politik sentiasa berubah.

“Mereka fikir kemenangan lama akan berulang, tapi gagal baca perubahan mood rakyat,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Salleh yang juga Adun Usukan berkata
pengundi sekarang lebih bijak dalam membuat penilaian.

“Mereka peduli isu sebenar seperti kos sara hidup, pekerjaan, integriti dan kejujuran pemimpin,” katanya.

Menurutnya media sosial telah mengubah segalanya, sekali gus sentimen rakyat boleh berubah dalam sekelip mata jika mereka rasa tidak dihargai.

Salleh berkata program turun padang bukan hanya masa pilihan raya.

“Rakyat mahu pemimpin yang sentiasa ambil tahu, bukan yang muncul 5 tahun sekali.

“Sokongan rakyat perlu diusahakan. Ia datang daripada kepercayaan, bukti kerja, dan sikap rendah diri,” katanya.

Salleh yang juga bekas menteri persekutuan berpendapat jika parti gagal fahami rakyat, rakyat akan pilih pemimpin yang lebih memahami mereka.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles