SANDAKAN: Seramai 26 pegawai dan anggota Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil penghargaan sempena perhimpunan Hari Polis ke-218 pada hari Selasa.
Perhimpunan yang dilangsungkan di perkarangan Ibu Pejabat Batalion 15 PGA di Jalan Lintas Labuk, Batu 8 telah dihadiri Pegawai Pemerintah (PP) Batalion 15 Supt Ijid Landu bin Binju.
Acara berkenaan turut dihadiri Penolong PP DSP Ambrus bin Haji Mohd Ali serta pegawai-pegawai lain.
Penerima sijil penghargaan Komander Briged Sabah seramai 5 orang didahului oleh Inspektor Muhammad Zareef bin Abdul Rajak manakala penerima sijil penghargaan PP Batalion 15 seramai 21 orang pula didahului oleh Inspektor Faisal bin Salleh.
Antara acara pada perhimpunan termasuk penyampaian Perutusan Ketua Polis Negara dan lafaz ikrar Rukun Negara dan Taat Setia, nyanyian lagu “Negaraku” , “Sabah Tanah Airku” , “Sang Saka Biru” , “Cekal, Berani, Setia” dan “Sedia Berkhidmat”.