CIS sumbang kuih raya kepada pasukan keselamatan, petugas kesihatan


 
KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) telah menyumbang pek bungkusan kuih raya kepada pasukan barisan hadapan khususnya yang menjaga keselamatan dan hal ehwal kesihatan negeri Sabah pada Hari Raya Aidilfitri ini.
 
Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim menyampaikan 26 kotak sumbangan kuih hari raya bernilai RM22,000 tersebut kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada satu majlis penyerahan di Menara Kinabalu pada semalam.

Hadir sama Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof dan Pengurus Sumber Manusia, Pentadbiran dan IT, Ezrie Ag Raini.

“Sumbangan ini adalah merupakan salah satu program tanggungjawab sosial CIS sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pasukan dan anggota barisan hadapan yang ada di Sabah ini.

“Mereka ini terpaksa bertugas pada musim perayaan ini demi keselamatan kita semua, manakala pasukan hadapan kesihatan memastikan semua perkhidmatan dalam keadaan bersiap sedia setiap masa ketika orang lain bersuka ria menyambut hari raya.

“Jasa dan bakti mereka dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan hidup seluruh rakyat amat-amat dihargai,” katanya selepas penyerahan bungkusan kuih raya semalam.

Pada majlis yang sama, Hajiji kemudian menerima keperluan raya yang disumbangkan oleh 33 kementerian, jabatan dan GLC sebelum menyerahkannya kepada 15 pasukan keselamatan dan pekerja kesihatan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles