Tindakan JANS ke atas pengguna pam air dibuat secara melulu -Jeffery Nor

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pililhan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohammed menyifatkan tindakan ke atas penggunaan ‘ pam air’ sebelum tangki takungan oleh pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sebagai sesuatu yang melulu yang tidak mengambil kira senario keseluruhannya.

Advertisements

Beliau turut menzahirkan rasa sangsi dengan rasional tindakan itu yang dikatakan antara lain bertujuan menurunkan kadar peratus Air Tidak Terhasil (NRW) kepada 40 peratus.

“Saya sangsi dengan kenyataan ini bahawa alasan-alasan sebelum ini adalah menjurus kepada ketirisan/ kecurian air di kawasan-kawasan setinggan.

“Biar pun tindakan meroboh beberapa kawasan setinggan kadar NRW masih lagi di tahap 54%, adakah penggunaan pam paip penyumbang kepada peratusan NRW yang tinggi?, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jeffery yang juga Ketua UMNO Putatan menjelaskan bahawa tiada masalah untuk tindakan yang akan dilakukan oleh pihak JANS jika kuantiti sumber air dalam keadaan baik dan teratur tanpa perlu ada catuan.

“Masalah-masalah lain juga perlu difikirkan yang boleh menyumbang kepada permasalahan sumber air terawat kita iaitu masalah LRA (Loji Rawatan Air) yang sudah mencapai ‘validity’ nya dn perlu ditambah baik, masalah paip saluran yang sudah usang dan berlaku kebocoran d sana sini, ini juga antara penyumbang kepada tingginya peratus NRW kita dan kita tidak boleh nafikan,” katanya.

Mengenai “soft loan’ sebanyak RM300 juta yang diberikan oleh kerajaan persekutuan, beliau berkata mengikut kenyataan ianya digunakan untuk mengatasi masalah sumber air terawat dalam masa jangka pendek.

“Saya rasa tindakan untuk menyelesaikan isu sumber air perlu dijalankan terlebih dahulu dan lihat pada ‘out come’ nya.

“Jika sudah beransur baik kuantiti sumber air terawatnya baru langkah melihat kepada kawasan-kawasan yang dikelaskan kepada beberapa tahap iaitu sudah baik, separa baik dn belum baik.

“Maka jika perlu juga tindakan ke atas penggunaan pam air, saya juga melihat kepada isu kemampuan sesebuah keluarga untuk menyediakan tangki-tangki di mana ada yang lebih mahal daripada pam air itu sendiri.

“Kita mesti realistik bahawa rakyat Sabah kita ini berbeza-beza kemampuannya, lebih ramai yang masih dalam kategori kurang mampu,” katanya.

Oleh itu, Jeffery berharap notis pemakluman operasi ke atas pemasangan is pam air dapat ditangguhkan buat sementara waktu

Beliau berkata tindakan seumpama itu
perlu dilaksanakan berperingkat selepas kajian dibuat dengan mengikut pengkelasan sehingga keadaan sumber air bersih kembali baik.

Menurut Jeffery, untuk bersikap adil kepada semua pengguna tindakan melulu itu tidak sesuai dilaksanaka masa ini dengan keadaan sumber air bersih yang masih lagi di tahap yang tidak memuaskan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles