KDM tidak berundur walau setapak,terus berjuang bela nasib rakyat Sabah – Wetrom Bahanda

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda menyeru semua penyokong parti tempatan itu di seluruh Sabah supaya bertenang dan terus memberikan sokongan padu kepada KDM.

Advertisements

Beliau yang juga anggota Parlimen Kota Marudu membuat gesaan itu selepas Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menolak rayuan Presiden KDM, Datuk Peter Anthony terhadap sabitan kesalahan serta hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen sebelum ini, seterusnya mengekalkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM50,000.

“Sesungguhnya semua penyokong dan pemimpin KDM agak kecewa dengan keputusan ini, namun ia bukan bermakna pejuangan parti ini akan terhenti, malah kami bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan parti demi kesejahteraan masyarakat dan masa depan negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wetrom menegaskan KDM tidak sesekali akan berundur ke belakang walau setapak, sebaliknya akan teruskan perjuangan untuk membela nasib rakyat Sabah.

“Segala perancangan yang dibuat presiden dan pimpinan tertinggi parti akan diteruskan termasuklah perjuangan kami pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) nanti,” katanya.

Wetrom berkata beliau bersama Pimpinan Tertinggi dan semua pimpinan KDM di semua peringkat akan terus berjuang bersama rakyat Sabah.

“Kami sudah menempuh pelbagai rintangan termasuk apa yang berlaku pada hari ini, kami akan terus hadapi apa jua rintangan dan cabaran di masa hadapan, demi negeri yang kita cintai ini,” katanya.

Wetrom turut memaklumkan bahawa satu mesyuarat Pimpinan Tertinggi KDM akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan halatuju parti seterusnya.

Sementara itu, mengikut rekod Presiden PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bekas presiden UMNO (Datuk Seri Najib Razak) pernah dijatuhkan hukuman penjara namun PKR dan UMN0 masing-masing terus kekal relevan malah semakin kuat kancah silat poltik negara.

Begitu juga nasib presiden PBS (Tan Sri Joseph Pairin Kitingan) pernah dijatuhkan hukuman RM1,800 denda atas kes rasuah tetapi PBS terus kekal sehingga hari ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles