KOTA KINABALU: Riduan dari Kota Belud mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjuarai acara Memancing Super Mega Game Kolam Tasek Naga
sempena pembukaan Pengurusan Baru (Kolam Si Aunty) kolam itu di Sipitang pada Ahad.
Kemenangan itu sekaligus melayakkan Riduan membawa pulang tunai sebanyak RM50,000.
Acara memancing yang disertai ramai peserta dari seluruh Malaysia – Sabah, Sarawak, Labuan dan Semenanjung dan turut disertai pemancing dari negara Jiran iaitu Brunei itu merupakan anjuran pertama di bawah pengurusan baharu d Tasek Naga Sipitang iaitu pengurusan Kolam Si Aunty.
Jurucakap Pengurusan Kolam Si Aunty, dalam satu kenyataan di media sosial menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua, terutama kepada semua pengusaha kolam seluruh Sabah, kumpulan pemancing, pemancing persendirian, penggerai, petugas dan pengunjung yang menjayakan acara tersebut.
Susulan sambutan yang meggalakkan, pihak Pengurusan Kolam Si Aunty bertekad untuk meneruskan acara itu pada masa depan dengan mempelbagaikan kejuaraan untuk menarik minat lebih ramai pemancing.
Acara Memancing Mega Game Kolam Tasek Naga seterusnya dijadual diadakan pada 27 April ini dan sesiapa yang berminat menyertainya boleh menghubungi pihak pengurusan Kolam Si Aunty di talian 0168226357 (Pengurusan) dan 01133319712 (Pacak).
Pengurusan Kolam Si Aunty menjangka lebih ramai kumpulan pemancing dan pemancing persendirian dari pelbagai daerah, negeri dan negara akan menyertai pesta memancing itu, sekali gus membantu mempromosi daerah Sipitang sebagai destinasi pelancongan.