Kepimpinan Hajiji Terbukti berjaya, Sabah perlu kestabilan

Kenyataan Media Datuk Hj Nizam DSP Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah/ADUN Apas

KOTA KINABALU: Kenyataan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mempertikaikan seruan YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor agar rakyat terus memberi peluang kepada kerajaan negeri adalah tidak berasas dan hanya bertujuan mengelirukan rakyat. Fakta jelas menunjukkan bahawa di bawah kepimpinan Hajiji Noor dan dasar Sabah Maju Jaya (SMJ), Sabah telah mencatatkan pelbagai pencapaian yang membanggakan.

Antara pencapaian yang jelas adalah pada tahun lepas, Sabah telah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion, termasuk projek besar yang bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan. Selain itu, hasil negeri juga meningkat secara signifikan, mencecah RM6.9 bilion pada tahun 2023, membuktikan kebolehan kerajaan negeri dalam mengurus ekonomi dengan baik. Sektor tenaga dan infrastruktur turut mendapat perhatian serius, dengan pelaksanaan projek hibrid solar dan mikro hidro yang diperluaskan bagi memastikan kawasan luar bandar menerima bekalan elektrik yang lebih stabil. Usaha berterusan ini adalah bukti bahawa kerajaan negeri tidak hanya sekadar menabur janji, tetapi benar-benar membawa perubahan yang ketara kepada Sabah.

Ketua Menteri Sabah tidak “merayu simpati” seperti yang didakwa, sebaliknya beliau bersikap telus dan realistik dalam memastikan kesinambungan pembangunan Sabah. Pembangunan dan kemajuan negeri bukan sesuatu yang boleh dicapai dalam satu penggal, ia memerlukan kesinambungan dan kestabilan politik untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Inilah yang beliau tekankan—bahawa mandat rakyat adalah kunci untuk memastikan segala perancangan yang telah bermula dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Hakikatnya, di bawah kepimpinan Hajiji Noor, Sabah telah menunjukkan kemajuan yang ketara, dan usaha ini perlu diteruskan tanpa gangguan politik yang hanya akan merugikan rakyat. Apa yang diperlukan Sabah sekarang bukan polemik tidak berasas, tetapi
kestabilan dan kesinambungan kepimpinan yang telah terbukti berjaya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles