KUALA LUMPUR: Prihatin dalam meningkatkan modal insan negara, Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penajaan biasiswa kepada pelajar UKKM, hari ini di Menara Kembar Bank Rakyat.
YBR telah memperuntukan sejumlah RM4.08 juta untuk tempoh 3 tahun bagi menaja biasiswa untuk pelajar yang terpilih.
Jalinan kerjasama ini bermula dari tahun 2025 sehingga 2027. Seramai 35 orang pelajar UKKM setiap tahun akan menerima penajaan biasiswa ini.
Memorandum ini telah ditandatangani bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Naib Canselor UKKM, Professor Dato’ Dr. Azali Mohamed serta telah disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP), Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick; Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict dan Pengerusi UKKM, Datuk Wira (Dr.) Rosli Mat Hassan.
Turut hadir di dalam majlis ini adalah
Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar.
Kerjasama ini bertujuan bagi membuka peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang keusahawan dan pengurusan koperasi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UKKM.
Menyokong usaha dalam meningkatkan sosioekonomi negara melalui pendidikan, Ewon dalam ucapan beliau berkata,
“Usahasama antara YBR dan UKKM ini juga akan menjadi motivasi serta pembakar semangat kepada pelajar untuk memartabatkan bidang koperasi dan keusahawanan sebagai agen perubahan”.
“Semoga inisiatif ini menjadi salah satu komponen penting dan strategik dalam memacu negara ke arah mencapai status negara maju dan makmur,” katanya.
Sementara itu menurut Datuk Philip, kerjasama antara YBR dan UKKM selari dengan inisiatif YBR untuk membantu pelajar-pelajar yang berpotensi untuk mendapat pendidikan sama rata dan usahasama ini sangat bersesuaian dengan visi dan objektif.
Sejak ditubuhkan pada 16 Mei 2007, Yayasan Bank Rakyat (YBR) komited membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan, ahli- ahli Bank Rakyat dan anak-anak mereka dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan. Komitmen ini terbukti oleh skala program penajaan YBR – sehingga 1 Januari 2023, YBR telah menaja lebih daripada 6,543 pelajar dengan jumlah keseluruhan tajaan melebihi RM 180 juta bagi meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi.
YBR berdedikasi meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar melalui strategi yang inovatif, boleh diubah suai dan berasaskan bukti bagi menyiap sediakan mereka supaya dapat berkembang maju dalam pelajaran, kerjaya, dan kehidupan dewasa.
YBR bercita-cita untuk mewujudkan sebuah dunia pembelajaran yang baharu; tempat di mana pelajar dan ibu bapa, guru dan pentadbir, penggubal dasar serta masyarakat diperkasakan untuk mengubah pendidikan ke arah yang lebih baik; tempat di mana sekolah menyediakan pembelajaran berteraskan projek yang lebih rapi, pembelajaran sosial-emosi serta akses kepada teknologi baru; tempat di mana inovasi ialah satu peraturan bukannya pengecualian; tempat di mana pelajar menjadi penuntut ilmu sepanjang hayat di samping membangunkan kemahiran abad ke-21.
penubuhan YBR iaitu membantu masyarakat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan.
Menurut beliau lagi, “YBR akan sentiasa menyokong ekosistem koperasi dan keusahawanan yang holistik, kondusif dan inklusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi negara ke arah sebuah keusahawanan yang terancang dan bersepadu”.
Untuk makluman, sehingga tahun 2024, seramai 7,468 pelajar telah ditawarkan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM212.43 juta.