Parti PERPADUAN minta kerajaan Madani naiktaraf balai polis Tongod

KOTA KINABALU: Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) meminta kerajaan Madani supaya menaiktaraf balai polis sedia ada kepada status ibu pejabat polis daerah Tongod yang serba lengkap.

Anggota majlis tertinggi parti PERPADUAN Scholastica Taraji berkata langkah itu penting memandangkan kawasan Tongod merupakan daerah paling luas di Sabah selain kes jenayah yang semakin berleluasa.

“Menurut penduduk setempat Kawasan Tongod adalah daerah yang paling luas di Sabah, dan sudah tentu memerlukan balai polis bertaraf IPD dan berkelengkapan untuk menangani pelbagai jenayah termasuk kes terbaharu samun..

“Aaa yang kita tahu melapor sesuatu seperti jenayah di Tongod si pangadu terpaksa diarah ke daerah Kinabatangan dan Beluran untuk melaporkan kes tersebut kerana IPD Tongod belum mempunyai kelangkapan sepenuhnya.

“Bayangkan berapa jauh perjalanan masyarakat ini ke Kinabatangan untuk membuat laporan polis beratus-ratus batu dan memerlukan kos yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu, Scholastica berkata PERPADUAN memandang serius perkara itu, dan berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan untuk menaiktaraf balai polis Tongod.

“Penaiktarafan balai Polis Tongod perlu disegerakan bukan saja ia penting untuk penduduk di situ, tetapi juga memenuhi keperluan dengan terbinanya rangkaian jalan raya antara Kalimantan dan Sabah.

“Kita harap Tongod akan menjadi tumpuan di masa akan datang, sekali gus menjadi hab transit pelancung dari Indonesia dan Sabah amnya yang mahu ke Sandakan dan Kudat,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles