KOTA KINABALU: Bahang perayaan Tahun Baharu Cina semakin dirasai di Sabah dengan hanya lima hari lagi sebelum sambutan bermula.
Di Tenom, bahagian pedalaman Sabah, presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony meluangkan masa untuk melakukan walkabout (tinjauan mesra) bertemu rakyat dan para peniaga-peniaga kecil yang berniaga di kawasan pekan Tenom.
“Lawatan saban tahun saya lakukan ini memberi saya peluang untuk bertanya khabar kepada masyarakat Tiong Hua disamping berkongsi buah limau dengan masyarakat yang lain,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.
Turut bersama beliau dalam program walkabout itu ialah beberapa anggota Majlis Tertinggi KDM.
Peter berharap sambutan Tahun Baru Cina 2025 akan membawa tuah dan kejayaan dalam semua bidang yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat Sabah.