Hajiji pemimpin bertanggungjawab dan main peranan penting bawah PN ke Sabah – Suhaimi Nasir

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah wajar tahu bahawa Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor merupakan “orang” yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam membawa dan memperkuatkan pengaruh Perikatan Nasional (PN) ke Sabah.

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir berkata adalah menjadi ironi apabila Hajiji kini menyelar Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan PN berikutan penggunaan istilah ‘palui’.

Katanya dalam ucapan Hajiji pada Jelajah Sayangi Sabah di Keningau, beliau memberitahu Hamzah untuk tidak datang ke negeri Sabah “kerana Hamzah ‘palui’ membawa budaya luar ke negeri ini”.

“Satu soalan saya kepada Hajiji, siapakah yang membuka pintu dan menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Perikatan Nasional ke Sabah? kata Suhaimi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ini membuktikan Hajiji dan GRS bersikap oportunistik dan hanya mengambil pendirian ini apabila Hamzah dan PN tidak lagi relevan dan tidak menguntungkan politik mereka.

“Dan istilah ‘palui’ yang digunakan Hamzah adalah ditujukan hanya kepada Hajiji kerana sehingga hari ini belum menyelesaikan isu infrastruktur malah semakin teruk. Ia langsung tidak melibatkan pemimpin & rakyat Sabah yang lain,” katanya.

Suhaimi berkata ini adalah mainan politik murahan Hajiji dari menutup kelemahan dan mengalih isu-isu rakyat yang sebenar.

“Kesimpulannya, kenyataan Hajiji lebih kepada permainan politik retorik, terutamanya untuk menjauhkan diri daripada Perikatan Nasional yang dibawanya sendiri.

“Maka atas asas itu juga UMNO Sabah mengambil pendirian untuk berhenti menyokong Kerajaan GRS kerana tidak mahu sama ‘palui’ bersama Hajiji.

“Seorang Ketua Menteri yang mengambil kesempatan dan tidak bertanggungjawab yang membina naratif Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah adalah bebas, berdikari, dan lebih baik tanpa pengaruh luar.

“Namun, rakyat Sabah berhak bertanya adakah tindakan ini benar-benar untuk rakyat atau sekadar usaha mengekalkan kuasa sekali lagi? katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles