ADUN Kuamut digesa lapor kepada polis jika dakwaan “whistleblower” dianggap cubaan sabaotaj kerajaan GRS

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menggesa ADUN Kuamut supaya melaporkan kepada pihak polis terhadap “whistleblower” sekiranya yakin dakwaan rasuah yang diviralkan itu dianggap sebagai cubaan sabotaj kepada kerajaan negeri.

Advertisements

Ketika membuat gesaan itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata langkah itu penting untuk membersihkan nama dan seterusnya menyangkal dakwaan itu.

“Kalau yakin dn percaya dakwaan bahawa ianya sabotaj kepada kerajaan negeri laporkan lah kepada pihak. Sudah-sudah la salahkan pihak pembangkang,” katanya.

Jeffery yang juga Ketua UNNO Putatan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Datuk Masiung Banah baru-baru ini bahawa penyebarqn ‘ADUN Rasuah’ merupakan agenda jatuhkan kerajaan negeri.

Sementara itu, Jeffery membangkitkan masalah penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru yang menurutnya belum selesai.

Beliau turut meminta penjelasan Masiung yang juga pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) ‘bila masalah itu dapat diselesaikan’ supaya para penghuni dapat tempat tinggal yang lain.

“Masakah depan mata pun tak boleh selesai, sebagai pengerusi LPPB Masiung kena bertanggungjawab untuk selesaikan masalah penghuni-penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru itu.

“Kita bagi masa untuk selesaikan masalah infra asas d negeri Sabah ini tetapi sehingga kini belum selesai dan itu lebih berfaedah dari hari-hari menafikan itu dan ini.

“Tepuk dada tanya diri sendiri siapa yang berkuasa, kamu yang berkuasa sudah tentu kamu punya kelebihan.Jadi buatlah kerja selesaikan lah masalah rakyat jangan buat tuduhan sana sini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles