KOTA KINABALU: Persatuan Vetran ATM Tidak Berpencen Malaysia Negeri Sabah (PVATTBM) telah membuat laporan polis terhadap aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza yang didakwa menghina bakal Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Laporan polis itu dibuat oleh presiden PVATTBM Dato’ Zaman Bayang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu pada Khamis.
Zaman berkata laporan polis itu dibuat berikutan penghinaan yang dibuat melalui hantaran di Facebook terhadap TYT Sabah.
“Saya telah melihat posting di Facebook dibuat oleh Fahmi Reza yang dibuat terhadap TYT Sabah.
“Tujuan hantaran ini mengajak rakyat Sabah dan negara ini untuk membangkitkan perasaan marah dan benci terhadap TYT Tun Musa Aman dan kerajaan negeri Sabah, sekali gus cuba menimbulkan keadaan yang tidak harmoni dan tidak tenteram, ” katanya dalam laporan polis itu.
Oleh itu, Zaman berkata PVATTBM berharap pihak polis dapat melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap individu tersebut.