PH Sabah sambut baik pelantikan Musa sebagai TYT Sabah ke-11

Kenyataan Media Pakatan Harapan Sabah

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang telah berkenan menyampaikan Surat Cara Perlantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 kepada Tun Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman dan seterusnya pengurniaan pingat kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara di Istana Negara hari ini.

PH Sabah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan dan pengurniaan pingat ini.

PH Sabah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin sepanjang perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-10.

Datuk Ewon Benedick
Presiden UPKO

Datuk Mustapha Sakmud
Pengerusi MPN PKR Sabah

Datuk Phoong Jin Zhe
Pengerusi DAP Sabah

Tuan Lahirul Latigu
Pengerusi AMANAH Sabah

Related Articles

253FansLike

Latest Articles