UCSF terima kunjungan SMK Petagas

KOTA KINABALU: University College Sabah Foundation (UCSF) telah menerima lawatan rasmi daripada rombongan pegawai dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas, baru-baru ini.

Advertisements

Lawatan itu diketuai oleh Pengetua sekolah, Cikgu Safri Jeffri dan disertai oleh beberapa guru serta pegawai pengiring sekolah.

Lawatan tersebut yang disertai oleh lebih 120 orang pelajar, telah disambut oleh Naib Canselor UCSF, Datuk Dr Rafiq Idris.

Sesi lawatan setengah hari ini dimulakan dengan ucapan dari kedua-dua pihak. Sesi taklimat mengenai peluang belajar di UCSF turut dibuat oleh pegawai pemasaran universiti.

Selain itu, mereka turut dibawa melawat ke sekitar kampus, termasuklah ke Science, Technology and Innovation Centre, NIAG Gallery serta IJAU Cafe.

Dalam pada itu, Safri Jeffri berkata, beliau amat tertarik dengan kursus yang ditawarkan dan prospek untuk masa depan anak didik Petagasian.

Katanya, kunjungan ini juga telah menambah ruang dan peluang bagi warga Petagasian meneroka potensi mereka pada masa akan datang.

“Sesuai dengan ungkapan UCSF Di Hatiku, semoga ia akan melekat di minda pelajar dan ucapan Dr. Rafiq yang menyeru untuk meneruskan pendidikan setelah tamat SPM. Ini memberi ruang kepada bintang-bintang Petagasian menyinar seperti ungkapan “A Star ⭐ at Southern Gate.”” , katanya.

Sementara itu, Dr Rafiq Idris berkata, kerjasama diantara UCSF dan SMK Petagas akan terus dipergiatkan terutama berkait aktiviti menambah minat pelajar terhadap matapelajaran STEM, kelestarian hijau serta beberapa perkara lain.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles