Dr Jeffrey “pengkhianat terbesar”mahu dilihat hero dalam GRS yang sedang tenggelam, kata Bung Moktar

KOTA KINABALU: Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan kini berusaha menjadi hero di dalam gabungan parti GRS yang sedang tenggelam “namun tidak berjaya”.

Advertisements

Beliau berkata berpendapat ucapan Jeffrey melabelkan parti lain sebagai pengkhianat sempena Majlis Pelancaran Pemuda GRS baru-baru ini berunsur hasutan, retorik murahan dan hanya menjatuhkan kredibiliti beliau sendiri.

Bung yang pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata adalah menjadi hak BN untuk bertanding dan membawa aspirasi rakyat.

“Sejarah tidak pernah lupa bahawa Jeffrey Kitingan juga pernah menjadi ahli Barisan Nasional suatu masa dulu,” katanya.

Untuk rekod, sebelum ini, Jeffrey pernah memohon jadi ahli UMNO dan diterima sebelum dilucutkan keahlian.

Bung kesal Jeffrey dengan sewenang-wenangnya menuduh orang lain sebagai pengkhianat sedangkan beliau sendiri adalah “pengkhianat terbesar” di Sabah.

“Bukan hanya dikenali ramai sebagai pengkhianat dengan melompat-lompat parti (Buhangkut) malah mengkhianat darah daging sendiri apabila beliau melawan abangnya sendiri pada PRU14 yang lalu kerana ketamakkan kuasa,” katanya.

Bung berkata sebagai seorang pemimpin, adalah lebih baik Jeffrey fokus kepada perkara lebih besar dan utama di parti GRS beliau sendiri seperti skandal rasuah yang tular melibatkan Ketua Menteri Sabah dan ADUN-ADUN GRS.

“Momokkan ‘Rumah kita, kita jaga’ yang dilaung-laungkan GRS adalah satu penghinaan kepada rakyat Sabah kerana rumah yang mereka jaga hampir musnah dek perbuatan meminta dan menerima rasuah.

“Rakyat Sabah melihat skandal rasuah ini yang melibatkan hampir kesemua ahli kabinet dan pemegang jawatan di dalam GRS seakan satu sindiket untuk mencuri dan menipu rakyat Sabah.

“Adakah Jeffrey Kitingan sedar bahawa pemimpin GRS yang mempunyai kuasa, yang membincang agihan keuntungan, yang terperangkap dalam video adalah pemimpin GRS sendiri dan bukan UMNO.

“Ini sebenarnya pengkhianatan yang merosakkan dan menghancurkan masa depan Sabah,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles