Hajiji disaran buat laporan polis ugutan peniaga dikait skandal perlombongan Sabah- Jeffery Nor

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor perlu membuat laporan polis sekiranya dakwaan yang tular di media sosial yang dikaitkan skandal perlombongan Sabah dianggap sebagai suatu ugutan.

Advertisements

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata langkah itu penting bagi membersihkan imej kerajaan negeri selain mengelak situasi tuduh menuduh yang berterusan.

“Sebagai rakyat Sabah, kami juga ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana ianya melibat pentadiran eksekutif kerajaan negeri dan ianya bukan pentadbiran parti politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jeffery yang juga Ketua UMNO Putatan berharap semua pihak dapat memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu.

“Jadi kepada pihak yang rasanya diugut..buatlah laporan polis sekiranya ia suatu yang tidak benar,” katanya.

Katanya kenyataan yang berbeza-beza akan menyebabkan rakyat keliru dengan apa yang sedang berlaku.

“Untuk melihat negeri kita ini keterjaminan tatakelola pentadbiran negerinya ada keperluan perkara ini disiasat sebaiknya dan jika ianya tidak benar dan jika sebaliknya satu tindakan yang sewajarnya perlu dilakukan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles