Jeffery Nor mohon JANS tarik balik notis amaran ambil tindakan guna pam air

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed merayu kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) supaya menarik balik notis amaran mengambil tindakan terhadap individu yang menggunakan pam air secara terus selepas meter berdaftar.

Advertisements

Beliau beranggqpan arahan itu tidak munasabah pada ketika ini di mana keadaan sumber air terawat tidak berada dalam keadaan yang baik.

Oleh itu, Jeffery meminta JAS supaya memperbetulkan terlebih dahulu Loji Rawatan air (LRA) serta saluran-saluran paip agar sumber air terawat dapat disalurkan dengan baik .

“Bagi penduduk-penduduk di pedalaman, pam air sebagai satu keperluan mustahak dan apqbila tekanan air tidak seragam maka terdapat keperluan pam bagi menjamin kelangsungan sumber air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jeffery yang juga Ketua UMNO Putatan berkata tidak semua penduduk
mampu mengadakan tangki jika harga pam sudah menghadkan penggunaan kewangan keluarga.

Berikutan itu, katanya terdapat keperluan
untuk JANS membetulkan sistem LRA, paip dan pam utama terlebih dahulu.

“Jika sudah baik sistem penyaluran air, barula tindakan seperti itu boleh dilaksanakan tapi dengan sistem sumber air kita begini sekarang mana mungkin ianya satu tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pihak JANS,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles