Pelajar luar bandar dari keluarga B40 perlu dibantu biasiswa pengajian tinggi – Ewon

KOTA KINABAL: Pelajar luar bandar dari keluarga B40 yang melanjutkan pengajian perlu dibantu mendapatkan biasiswa pengajian, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.

Advertisements

Beliau berkata, ini kerana pendidikan merupakan platform yang mampu mengubah masa depan keluarga.

“Sebagai alumni penerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), saya berharap agar pemberian biasiswa ini bukan hanya berasaskan kepada meritokrasi tetapi juga menggunakan pendekatan handicap khusus
kepada para pelajar di luar bandar yang tidak mempunyai akses kemudahan pendidikan yang dinikmati oleh pelajar-pelajar di bandar.

“Pendekatan handicap ini perlu diberikan kepada pelajar keluarga B40 terutamanya di kalangan keluarga yang tersenarai dalam daftar e-Kasih atau
penerima bantuan kebajikan lain agar anak-anak mereka dapat melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan ke atas Belanjawan Negeri Sabah 2025, di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Ewon berkata, penyediaan peruntukan sebanyak RM497.54 juta bagi pembangunan modal insan dan teknologi maklumat jelas membuktikan komitmen Kerajaan Sabah pimpinan YB Sulaman kepada agenda pendidikan rakyat Sabah.

“Peningkatan besar peruntukan Program Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan Pelajar Negeri kepada RM127 juta sesungguhnya akan dapat membantu lebih banyak pelajar yang memerlukan,” katanya.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut mencadangkan supaya Kerajaan Sabah memanjangkan pemberian biasiswa kepada anak-anak Sabah yang melanjutkan pengajian di Universiti Keusahawanan dan Koperasi Malaysia (UKKM), iaitu sebuah universiti swasta milik Institut Koperasi Malaysia (IKMA), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles